Masyarakat
Bidayuh merupakan masyarakat kedua terbesar populasinya di Sarawak.
Kebanyakan daripada masyarakat ini mendiami kawasan barat daya Sarawak
seperti di Daerah Serian, Kuching dan Kalimantan Barat. Terdapat 4
pecahan etnik bagi masyarakat Bidayuh iaitu:
• Selakau/Lara – mendiami Daerah Lundu
• Jagoi/Singai – mendiami Daerah Bau
• Biatah – mendiami daerah kecil Padawan
• Bukar/Sadong – mendiami Daerah Serian
Untuk paparan kali ini, Borneo Oracle ingin memberi ruang informasi untuk satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Bidayuh Biatah yang hanya boleh didapati di Kampung Semban, Daerah Kecil Padawan iaitu Budaya Memakai Gegelung (Brass Rings) yang semakin hilang di telan dek zaman. Satu-satunya budaya yang amat unik dan sukar untuk didapati dari mana-mana etnik di Sarawak Bumi Kenyalang.
Budaya memakai gegelung tembaga ini juga dikenali sebagai rasung atau ruyang di dalam masyarakat Bidayuh Biatah. Budaya rasung atau ruyang ini adalah dengan memakai gegelung yang diperbuat daripada tembaga di bahagian betis kaki atau lengan tangan. Pemakaian gegelung tembaga ini dikatakan dilakukan sejak dari kecil lagi iaitu seawall usia kanak-kanak perempuan 10 tahun dan sesuai dengan tumbesaran semulajadi seorang manusia maka gegelung ini akan sentiasa ditukar mengikut peringkat umur seseorang wanita itu.
Jika dilihat daripada mata kasar, gegelung yang digunakan seakan-akan diperbuat daripada emas tetapi ianya diperbuat daripada campuran tembaga. Gegelung ini diperbuat sendiri oleh wanita masyarakat Bidayuh Biatah mengikut segala kepakaran yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Setakat ini dimana asal-usul budaya gegelung tembaga ini masih lagi belum terungkap tetapi budaya pemakaian gegelung ini sememangnya sudah ada sejak zaman berzaman lagi di dalam masyarakat Bidayuh Biatah.
Suatu waktu dahulu, budaya memakai gegelung ini merupakan satu kemestian di dalam masyarakat Bidayuh Biatah kerana ianya adalah simbol kepada kecantikan seorang wanita di dalam masyarakat tersebut. Dikatakan bahawa proses pemakaiannya untuk kali pertama adalah satu proses yang amat menyakitkan namun kerana ini adalah lambang kepada kecantikan maka segala kesakitan akan ditahan asalkan ianya memberi satu impak apabila dilihat kepada masyarakat kelak. Pada zaman dahulu dikala amalan pagan atau animesme masih lagi digunakan, masyarakat Bidayuh Biatah mempercayai hanya wanita yang memakai gegelung tembaga sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri upacara perayaan serta turut serta di dalam melakukan Rejang iaitu Tarian Helang yang dikatakan amat ritual di dalam masyarakat Bidayuh. Selain itu, status wanita yang memakai gegelung akan dipandang tinggi di dalam mencari calon suami kerana suatu waktu dahulu ini adalah antara perkara asas yang dilihat oleh calon mentua di dalam masyarakat Bidayuh Biatah. Dikatakan sewaktu dahulu, lagi banyak gegelung tembaga yang dipakaikan maka lagi tinggi status seseorang wanita Biatah tersebut.
Walau bagaimanapun sesuai dengan masa yang beredar dengan begitu pantas, amalan untuk memakai gegelung tembaga ini sudah tidak diwajibkan keatas generasi muda masyarakat Bidayuh Biatah lagi. Ditambah lagi ramai generasi muda masyarakat Bidayuh Biatah yang sudahpun berpendidikan dan tidak merasakan ianya satu keperluan untuk meneruskan pemakaian gegelung tembaga ini. Malah sejak tahun 1970an lagi, pemakaian gegelung tembaga untuk pelajar ke sekolah telah diharamkan oleh Kementerian Pendidikan pada waktu itu jadi ramai yang memilih untuk tidak meneruskan budaya ini sehinggalah sekarang.
Setakat tahun 2013 ini hanya tinggal 6 orang sahaja wanita daripada masyarakat Bidayuh Biatah yang masih mengamalkan budaya memakai gegelung tembaga ini dan keenam-enam mereka sudahpun di dalam lingkungan usia emas. Apakah ada generasi muda yang masih ingin mewarisi kesinambungan budaya ini lagi atau suatu hari nanti mungkin kita hanya mampu melihat gambar-gambar sahaja sebagai tatapan bahawa budaya ini pernah wujud di Sarawak suatu ketika dahulu, Di harap paparan kali ini akan membantu generasi Sarawak untuk mengenal satu budaya unik yang kita miliki iaitu budaya pemakaian gegelung tembaga di dalam masyarakat Bidayuh Biatah. Kami mengalu-alukan sebarang nilai tambah informasi untuk paparan kali ini untuk kita sama-sama menyelidiki budaya unik ini.

No comments:
Post a Comment