Monday, April 15, 2013

VAT 69 PDRM

Hari ni kita bercerita berkenaan VAT 69.................

VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.

69 Komando
 
 
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969 di kawasan Perak. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri. 69 komando jugak sering dinamakan sebagai Unit Tindakan Khas Ulu Kinta semasa mereka masih memakai beret Merun Unit itu suatu masa dahulu. Kini 69 Komando lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan Pasukan Sahabat dalam PDRM.
Unit Tindak Khas
Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas PDRM. Unit ini ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black September Palestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.



HERO VAT 69

HERO VAT 69


Penggabungan
Rencana utama: Pasukan Gerakan Khas
Pada 20 Oktober 1997, bermulanya detik-detik bersejarah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia apabila kedua-dua unit disatukan ke dalam satu unit baru dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas, dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Dr Mahathir bin Mohamad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. Dibawah tanggungjawab pengarah jabatan yang sama, pasukan ini menjalankan operasi-operasi khas sepertimana statusnya sebagai pasukan elit.


DAN AKU DAH ADA SATU BAJU VAT 69 huhuhuhuu....................

No comments: