Monday, April 15, 2013

Hacker Enggan Membantu Israel Dari Serangan Siber


Hamza adalah seorang penggodam 24 tahun Algeria yang ditahan pada Januari 2013 oleh Interpol di atas pertuduhan menjadi dalang disebalik virus trojan horse Zeus.

Virus yang telah berjaya menceroboh dan mencuri maklumat dari pelbagai sistem termasuk Bank of America, NASA, Monster.com, ABC, Oracle, Play.com, Cisco,Amazon, BusinessWeek serta Jabatan Pengangkutan Jalanraya Amerika Syarikat dan dipercayai banyak lagi sistem yang telah dicerobohi.


Menerima Ijazah dalam bidang sains komputer di Algeria pada tahun 2008, Hamza telah menggodam akaun peribadi dalam 217 bank-bank dan institusi kewangan di seluruh dunia. Malah dalam satu-satu urus niaga tunggal,  Hamzah dipercayai telah mendapat keuntungan sebanyak $10 hingga $20 juta.

Pada 7 April, penggodam tanpa nama ( Anonymous) di seluruh dunia telah menyasarkan semua laman web yang beroperasi di Israel sehingga menyebabkan Internet dinegara itu terhenti sementara. Rancangan serangan ini diberi gelaran # OpIsrael.

Menurut laporan yang disiarkan dalam Media GT, Israel telah meminta bantuan daripada Hamza Bendelladj untuk menangkis serta membaiki semula serangan ini sebagai pertukaran untuk dibebaskan, namun beliau enggan.

Berita Penangkapan Hamza Bendelladj


Satu lagi suspek yang tersenarai sebagai orang yang dikehendaki oleh FBI jenayah siber telah ditahan. Suspek yang bernama Hamza Bendelladj 24 tahun telah ditangkap  di lapangan terbang antarabangsa Thailand semasa dalam perjalanan dari Malaysia ke Mesir.

Menurut pegawai yang bertanggungjawab, Bendelladj merupakan seorang warga Algeria dikehendaki oleh  Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana kononnya telah mencuri berpuluh-puluh juta dolar hasil daripada jenayah siber. Polis telah merampas dua komputer riba, komputer tablet, telefon satelit dan beberapa cakera keras luar dari Bendelladj.

Menurut FBI penyiasatan keatas Bendelladj telah dijalankan hampir tiga tahun. Pihak berkuasa AS percaya suspek telah mengodam lebih daripada 217 akaun peribadi bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan di seluruh dunia, menyebabkan kerugian kira-kira $ 10 Juta dalam setiap setiap transaksi.

Selepas penangkapan ini, dia Akan diekstradisi ke Georgia, Amerika Syarikat . Dalam laporan eksklusif, Bangkok Post berkata Bendelladj tersenyum, ketika ditanya oleh wartawan, suspek Algeria itu  ketawa dan berkata "Saya bukan pengganas."

Credit to: gelombang anakmuda.

No comments: