Thursday, November 10, 2011

ICHA


anak babah yang babah sayang. jadi anak yang solehah ye sayang. belajar pandai pandai.....

En asmadi karno

suatu hari tu dalam tahun 2000, aku disapa oleh en asmadi karno. en asmadi karno ni operator tempat aku kerja dia ni cacat penglihatan tapi aku respek kat dia sebab dia buleh guna typewriter dengan lancar, maknanya dia hapallah huruf2 kat papan kekunci tu (papan kekunci ke?)

asmadi: lan kau boleh tolong aku tak?

aku: ada apa tu bang? kalau saya boleh tolong saya tolong la.

asmadi: kau ni tau pasal komputerkan. aku dah bosan la pakai typewriter ni kalau boleh aku nak pakai komputer la, kau cakap la kat pengarah aku nak pakai komputer ya...nanti aku belanja kau makan kalau dia bagi. sambil2 tu kau ajar la aku guna komputer tu.

aku: uish camana nak tolong nih (cakap dalam hati).errrrrrr oklah nanti saya propose kat pengarah masa meeting ye bang.

dan aku pun berlalu dengan penuh rasa bersalah.

SHIT lahhhh microsoft nih..... camana aku nak ajar orang taknampak guna komputer? aku yang celik ni pun gagap gagap masa nak guna komputer dulu...lepas pada tu aku lari lari kalau en asmadi carik aku.......huhuhuhuh

Wednesday, November 9, 2011

Penyamaran Yang Gagal

sekitar tahun 2003 aku bekerja di rehabilitation center di bangi, aku jadi cikgu masa tu walaupun jawatan aku bukan cikgu. seperti rutin harian aku yang biasa tiap kali masuk kelas aku akan cek kedatangan dulu....panggil punya panggil ada satu mamat ni x dak dalam kelas:

aku : iwan mana?

bebudak: iwan leleh dok tidoq lagi cikgu masa kami mai tadi.

aku: cis memang nak kena sumpit mamat ni. jom ikut saya pi bilik dia

dalam 10 minit berjalan ke hostel aku pun sampai dengan bebudak ni kat bilik dia dan aku rasa iwan dah tau kami nak ambush dia, dan dia pun telah membuat penyamaran dengan menyorok di satu lokasi yang agak strategik bagi dia la kononnya.

aku: hoi mat iwan, kalo nak menyorok pun cari la port baik sikit bagi orang susah nak cari. ni menyorok belakang langsir sekerat tu buat apa. badan tutup kaki nampak dah macam burung unta dah. hang memang nak kena dengan aku ni, keluaq cepat!

sayugia iwan pun keluaq dengan muka toya dia dan aku paksa dia pi kelas dengan tak mandi.


dibo dan icha


malam semalam lepas ja solat maghrib aku dengan bersemangatnya nak tengok berita lah kononnya nak update apa yang berlaku...lipat ja sejadah sayup sayup dah dengar suara icha pekik pekik bo bo bo..ah sudah dibo dah start la tu, pakainya melepas nak tengok berita nih........aku dok pikir akal apa nak buat supaya berita tak terlepas ni...icha, wheres your book, go and get me your book...masih buat dono ja anak aku ni....keluar ja muzik si dibo ni terus la aku tengok dia joget joget bulat dia tu....musnah harapan aku nak tengok berita malam tu..plus pulak backup dari inspektor dari jauh....biarla anak tu tengok dibo, tengok berita bukannya dapat apa pekdahpun...rokok tak berenti jugak. rasa nak potong ja channel icha ni.

Nyaris kantoi....terima kasih PAKCIK

Benda ni jadi masa aku final year kat ITM, esoknya ada paper killer OR jadi malam tu dengan penuh dedikasinya aku study sampai tak hengat dunia kononnya nak study sampai masa exam la sebab exam start pukul 9...dalam dok study tu mata aku tertutup dengan tiba tiba tanpa disedari, pukul berapa aku terlelap pun aku tak tau...sedar sedar ada suara sebelah telinga aku..."woi hang takmau pi exam ka? hang nak repeat paper ka? dengan kemalasan yang melampau dan separa sedar aku tengok azizul hakim aka pakcik dok membebel sebelah aku, jam dah pun pukul 9 aku dok kuak lentang lagi atas katil. Sepantas flash aku pi capai tuala mandi apa yang patut dan dengan mata yang merah kami bergerak ke dewan periksa. Rupanya pakcik perasn aku takdak dalam dewan masa anouncement paper akan berjalan dan dengan cargasnya dia pi berkejar ke bilik aku. nasib baik pakcik begitu concern dengan ketiadaan aku tu kalau tak mengulang la aku jawabnya....apa apa pun TERIMA KASIH PAKCIK...sebab menjadi saviour aku hahahahaha...

Tuesday, November 8, 2011

Macam Artis

Tadi aku terima call dari inspektor ajak pi sarapan pagi, dengan pantas dan cargasnya aku pi amik inspektor dan kami pun berdatinglah di paparich karamunsing dengan suasana aman dan damainya sebab icha takdak nak meragas merata. order pun dibuat dan dengan berselera kaimi makan makan lah, dah selesai semuanya aku bayar bil dan terus jalan ke pintu keluar dan dalam masa nak keluar tu aku ada perasan la sorang hamba allah ni senyum senyum kat aku, jadi tanpa rasa sombong aku balas senyuman beliau.....masa berjalan tu aku pun tanya lah puan inspektor dengan penuh rasa megah dan bangganya....bb perasan la kan, setiap kali kita keluar mesti ada orang yg senyum2 kat bb, rasanya muka ni ada macam penyanyi atau pelakon tak? dan dengan penuh selamba dan inspektor menjawab, ye muka suami i ni memang ada iras iras pelakon tu...perghhhhhhhhhh.......dengar tu muka ada macam pelakon dan aku dengan penuh debaran nya tanya lagi sapa pelakon tu yang? dan jawapan yg menusuk kalbu pun diberi.....AHMAD NESFU......hadoihhhhhhh............inspektor aku ni memang potong stim....kami pun berlalu kekereta tanpa aku bertanya apa apa lagi.....................

KENA TIAW VERSI METAL

semalam lepas saja acara korban, kami sekeluarga pun keluarlah jalan jalan naik kereta....icha seperti biasa dengan aktiviti mengemas dia. dibukanya laci dashboard langsung dia amik cover cd craddle of filth aku....tak semena mena terkeluar lah perkataan awwahhh (allah) dalam slang budak2 takcukup dua tahun. dan dengan sepantas kilatnya inspektor mencelah, tengok budak kecik pun tau cd ni cd syaitooon tak bagus didengar, buat apa simpan sini lagi ni...aku yang berjiwa metal ni langsung nak tukar dengar lagu maher zain lepas ni...menusuk kalbu.aku tengok icha dah masukkan cd yang aku beli dekat 40 ragok tu dalam mulut dia penuh air liur....abisla jahanam cd babah icha oiiiii

KFC Pendang Mari

kisah pak cik di KFC

Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya

Kencing malam

Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam.

kat sini aku bukanlah nak cerita pasai info kencing malam ni, tapi peristiwa yang berlaku beberapa tahun dulu di kampung. nak jadi cerita satu hati tu aku balik kg, jadi ada sorang anak buah aku ni memang agak rapat dengan aku la, irfan nama dia dan aku panggil adik. malam tu kecoh dia nak tidoq dengan aku....... mama mama adik nak lena dengan paklong buleh? mama dia kata boleh tapi sebelum tidoq pi kencing dulu...ok kata dia. dek terlampau leka main dengan aku last-last dia dengan aku terlena sekali...tiba2 aku rasa macam berenang2 kat sungai rasa suam-suam ja kalt badan aku ni.....perghhhhhhhhhhh dia bantai kencing pulak dah....aku kejut dia. adik adik bangun awat kencing kat sini, dengan muka selamba dia pi habaq kat mama dia...mama mama ni paklong la kencing kat badan adik ni abih basah adik, sambil mencicit cicit dia lari ke tandas....takpasal pasal aku pulak dituduhnya kencing malam bagi nak menyelamatkan dirinya................

Friday, November 4, 2011

Sambutan Hari Raya Korban

Tahun ni opis aku ada buat korban, insyaallah kalau x dak aral melintang dengan cargas aku akan sampai, dalam banyak2 acara tu yang paling best aku tengok ada peraduan mewarna untuk kanak-kanak, bukan apa untuk mengelakkan anak2 mengacau mak bapak buat kerja melapah sama masak ja nanti tu. nampak macam idea yang bernas, cadang nak masukkan icha sekali tapi bila pikir-pikir balik dan dibelek belek hasil kerja mewarna icha ni rasanya baik dibatalkan saja lah niat tu......buku mickey mouse tu bukannya diwarnapun, cakar cakar ayam saja yang penuh.....tunggu lagi dua tahun la icha ye............

DUNHILL


Rokok, kata orang menjadi kawan masa susah hati. ya ka? aku mula merokok masa masuk ITM, tah la camana buleh terjebak dengan rokok haram jadah ni. plus minus sekarang dah 17 tahun isap benda tak berpekdah ni. semenjak dua menjak ni, leteran puan Inspektor KK makin menjadi jadi pasai rokok ni. tapi aku macam biasa buat tuli je hihihi.....icha pun dah beberapa kali patah2 kan rokok yang dia jumpa kat ruang tamu tu...........insyaallah aku cubalah berenti dari isap benda ni....doakan la wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

KENA TIAW...........

suatu malam sekitar jam 8 di IPD Kota Kinabalu, Inspektor tatatertib IPD KK sedang melayan Icha tengok Jojo Circuis sambil ica joget mengikut rentak lagu......

aku : umi, dah pukul lapan ni cuba tukar channel 103, nak tengok berita la...

inspektor: ishhhh biar la anak nak tengok kartun dia ni ha, nanti tak duduk berdiam kalau tukar channel lain...

aku: ha tu lah dia, takmau tengok berita, nanti apa pun taktau pasai dunia ni...macam katak bawah tempurung,

inspektor: hmmmm .......dek terlampau tengok berita la sangat sampaikan bahaya rokok pun tak tau dah, dalam berita tu berpuluh juta kali kata rokok bahaya, tapi dok isap jugak...tengok berita banyak sangat channel sana channel sini tapi apa pun tak dapat.......betul tak icha....( icha memandang umi dia sambil joget keliling) dan aku pun tewas nak tengok berita hari tu.

Wednesday, November 2, 2011

DAP..............EMMMM

apadia dap...emmm ni? dalam minggu ni alisya asyik sebut dap...emm bila makan, rupanya sedap emmm bagi dia. apa saja yang masuk mulut dia semuanya dap, sekarang ni pulak icha dah pandai nak mencnakakar cakar kertas,mujur juga dia tak mencakar dinding setakat ni. pandai mintak barang pun sekarang ni. pantang nampak apa saja yg dia suka, she will point to it and say nak. ok lah till then icha dah sibuk nak menap plak dahhhhhhhhh