Saturday, April 20, 2013
Wednesday, April 17, 2013
HARI RABU
Pagi tadi tngh siap siap nak pi kerja, baby einstein terjaga nak ikut babah katanya. Jadi kena la bawa dia sarapan di seri pelangi makan mee tauhu. Lps tu baru hantar ke rumah mama. Kalau tidak menangis la jawabnya.......
Monday, April 15, 2013
PELEPASAN KAPALTERBANG
MAIN MAIN DI TAMAN
Hacker Enggan Membantu Israel Dari Serangan Siber
Hamza adalah seorang penggodam 24 tahun Algeria yang ditahan pada
Januari 2013 oleh Interpol di atas pertuduhan menjadi dalang disebalik
virus trojan horse Zeus.
Virus yang telah berjaya menceroboh dan mencuri maklumat dari pelbagai sistem termasuk Bank of America, NASA, Monster.com, ABC, Oracle, Play.com, Cisco,Amazon, BusinessWeek serta Jabatan Pengangkutan Jalanraya Amerika Syarikat dan dipercayai banyak lagi sistem yang telah dicerobohi.
CURI KABEL ELEKTRIK
Kecurian kabel elektrik sering berlaku di Malaysia ni, bagi aku yang tinggal di Sabah ni memang kerap kedengaran berlakunya kecurian kabel, selalunya yang curi kabel ni PTI.....tengok la gambar di bawah ni, padah akibat curi kabel bervoltan tinggi, putus dua beb.
Moral of the stories, jangan memandai curi kabel elektrik kalau putus badan padan muka hang
VAT 69 PDRM
Hari ni kita bercerita berkenaan VAT 69.................
VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.
- 69 Komando
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment
pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh
Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969
ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk
teknik pertempuran dan taktik gerila
oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri
Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan
elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada
tahun 1969 di kawasan Perak. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60
daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak
untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya
30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69
Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan
telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis
di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah
dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah
senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977,
skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah
dilatih oleh New Zealand Special Air Service
serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando
yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya
pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan
keperluan logistiknya sendiri. 69 komando jugak sering dinamakan sebagai
Unit Tindakan Khas Ulu Kinta semasa mereka masih memakai beret Merun
Unit itu suatu masa dahulu. Kini 69 Komando lebih dikenali sebagai
Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan Pasukan Sahabat dalam PDRM.
Subscribe to:
Posts (Atom)




