Tuesday, October 8, 2013

STREET ART

mural ni dilukis oleh Julien Malland artis dari prancis dan beliau buat lukisan ni di serata dunia...mcm ni punya lukisan barulah ngam dan cun...tak menyemakkan mata dan pemandangan.




CEMETRY RESIDENSI

Perkampungan ini wujud di Manila Filipina...tek tergambar ada jugak manusia yang tinggal dicelah celah kubur untuk meneruskan kelangsungan hidup............




Saturday, April 20, 2013

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula.




# Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.

# Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

# Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.

Wednesday, April 17, 2013

HARI RABU

Pagi tadi tngh siap siap nak pi kerja, baby einstein terjaga nak ikut babah katanya. Jadi kena la bawa dia sarapan di seri pelangi makan mee tauhu. Lps tu baru hantar ke rumah mama. Kalau tidak menangis la jawabnya.......

Monday, April 15, 2013

PELEPASAN KAPALTERBANG

Memandangkan kawasan alisha main tadi dekat dengan Airport jadi sempatla aku snap beberapa gambar kapalterbang yang berlepas melewati taman tempat kami main tadi...........
AIRASIA

MAIN MAIN DI TAMAN

Hari ni tercapai sudah hajat Alisha nak main di taman, sebab tak hujan babah bawak alisha main di Grace Point........Seronok alisha main.....
Alisha dgn kawan baru
Memanjat Tali

Hacker Enggan Membantu Israel Dari Serangan Siber


Hamza adalah seorang penggodam 24 tahun Algeria yang ditahan pada Januari 2013 oleh Interpol di atas pertuduhan menjadi dalang disebalik virus trojan horse Zeus.

Virus yang telah berjaya menceroboh dan mencuri maklumat dari pelbagai sistem termasuk Bank of America, NASA, Monster.com, ABC, Oracle, Play.com, Cisco,Amazon, BusinessWeek serta Jabatan Pengangkutan Jalanraya Amerika Syarikat dan dipercayai banyak lagi sistem yang telah dicerobohi.