Tuesday, October 8, 2013

STREET ART

mural ni dilukis oleh Julien Malland artis dari prancis dan beliau buat lukisan ni di serata dunia...mcm ni punya lukisan barulah ngam dan cun...tak menyemakkan mata dan pemandangan.




CEMETRY RESIDENSI

Perkampungan ini wujud di Manila Filipina...tek tergambar ada jugak manusia yang tinggal dicelah celah kubur untuk meneruskan kelangsungan hidup............




Saturday, April 20, 2013

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula.




# Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.

# Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

# Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.

Wednesday, April 17, 2013

HARI RABU

Pagi tadi tngh siap siap nak pi kerja, baby einstein terjaga nak ikut babah katanya. Jadi kena la bawa dia sarapan di seri pelangi makan mee tauhu. Lps tu baru hantar ke rumah mama. Kalau tidak menangis la jawabnya.......

Monday, April 15, 2013

PELEPASAN KAPALTERBANG

Memandangkan kawasan alisha main tadi dekat dengan Airport jadi sempatla aku snap beberapa gambar kapalterbang yang berlepas melewati taman tempat kami main tadi...........
AIRASIA

MAIN MAIN DI TAMAN

Hari ni tercapai sudah hajat Alisha nak main di taman, sebab tak hujan babah bawak alisha main di Grace Point........Seronok alisha main.....
Alisha dgn kawan baru
Memanjat Tali

Hacker Enggan Membantu Israel Dari Serangan Siber


Hamza adalah seorang penggodam 24 tahun Algeria yang ditahan pada Januari 2013 oleh Interpol di atas pertuduhan menjadi dalang disebalik virus trojan horse Zeus.

Virus yang telah berjaya menceroboh dan mencuri maklumat dari pelbagai sistem termasuk Bank of America, NASA, Monster.com, ABC, Oracle, Play.com, Cisco,Amazon, BusinessWeek serta Jabatan Pengangkutan Jalanraya Amerika Syarikat dan dipercayai banyak lagi sistem yang telah dicerobohi.

CURI KABEL ELEKTRIK


Kecurian kabel elektrik sering berlaku di Malaysia ni, bagi aku yang tinggal di Sabah ni memang kerap kedengaran berlakunya kecurian kabel, selalunya yang curi kabel ni PTI.....tengok la gambar di bawah ni, padah akibat curi kabel bervoltan tinggi, putus dua beb.



Moral of the stories, jangan memandai curi kabel elektrik kalau putus badan padan muka hang

VAT 69 PDRM

Hari ni kita bercerita berkenaan VAT 69.................

VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.

69 Komando
 
 
69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Dewan negeri perak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969 di kawasan Perak. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik, Perak untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri. 69 komando jugak sering dinamakan sebagai Unit Tindakan Khas Ulu Kinta semasa mereka masih memakai beret Merun Unit itu suatu masa dahulu. Kini 69 Komando lebih dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas (PGK) dikalangan Pasukan Sahabat dalam PDRM.

Sunday, April 14, 2013

KALER MALER

Festival buang kaler yg dibuat di Utah Amerika Syarikat. Mcm kat india pun ada.

BALIK PENANG

Bulan mac yg lalu aku kena hadir kursus di ipoh jadi amik flight ke penang. Sempat juga ambil pic udara kota kinabalu dan penang.

KAYUHAN AIR

Aktivitini dah lama cuma baru nak update. Lokasi masjid likas.

HARI AHAD YANG CERIA

hari ahad 14 april 2013, akde aktiviti yg menarik cuma kami sekelurga pergi makan dan jalan jalan di Suria Sabah..........

BUDAYA PEMAKAIAN GEGELUNG TEMBAGA (BRASS RINGS) DI DALAM MASYARAKAT BIDAYUH BIATAH, SARAWAK – Semakin Hilang Ditelan Dek Zaman

Since aku tinggal di Borneo jadi aku nak kongsi sikit cerita pasal adat adat yang ada di Borneo especially di SARAWAK...



Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat kedua terbesar populasinya di Sarawak. Kebanyakan daripada masyarakat ini mendiami kawasan barat daya Sarawak seperti di Daerah Serian, Kuching dan Kalimantan Barat. Terdapat 4 pecahan etnik bagi masyarakat Bidayuh iaitu:

• Selakau/Lara – mendiami Daerah Lundu
• Jagoi/Singai – mendiami Daerah Bau
• Biatah – mendiami daerah kecil Padawan
• Bukar/Sadong – mendiami Daerah Serian

Untuk paparan kali ini, Borneo Oracle ingin memberi ruang informasi untuk satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Bidayuh Biatah yang hanya boleh didapati di Kampung Semban, Daerah Kecil Padawan iaitu Budaya Memakai Gegelung (Brass Rings) yang semakin hilang di telan dek zaman. Satu-satunya budaya yang amat unik dan sukar untuk didapati dari mana-mana etnik di Sarawak Bumi Kenyalang.

Maksud Sebenar Di Sebalik Jampi Ahli Sihir Harry Potter



Para peminat Harry Potter pasti sudah tahu apa yang akan terjadi sekiranya mengacungkan tongkat sihir sambil berkata, “Avada Kedavra!”. Atau jampi yang harus diucapkan sekiranya ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!).

Tetapi pernah terfikir tak, J.K Rowling, pencipta Harry potter, tidak saja-saja sesuka hati membuat sembarangan jampi dalam Harry Potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang kebanyakannya berasal dari bahasa Latin. Berikut contoh jampi-jampi sihir Harry Potter.

‘Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.’

‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan…‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.