Wednesday, October 27, 2010

Kenapa manusia diuji oleh Allah SWT

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya."

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?

Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dalam forum ini, antaranya :

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.
2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini.
3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.
4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.
6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.
7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.
8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.
9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.
10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.
11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.
12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.
13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.
14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.

KEKASIH HATI



Kekasih hati aku, tu la dia kat atas tu....hu hu...aku mula kenal isteri aku ni pada 2001, masa tu dia datang buat survey kat tempat kerja aku di Bangi, tah camana terasa berkenan la pulokkkk, jadi dengan muka tak malunya aku pun mencuba lah nasib mana tau kot kot sangkut pulak. jadinya aku pun amik la no telepon semua diaorang yang datang buat survey tu termasuk la isteri aku ni, cover la konon nak bagi x nampak sangat aku nak ayat power. dan dari situ aku pun calling calling la, lama jugak la nak mengayat nya sebab aku ni bukan la pandai sangat. jadi planning pertama aku kena la buat baik ngan mak bapak dia dulu ( sekarang dah mak bapak mentua dah) dari situ la kitaorang ni serius...dari tahun 2001 tu tahun 2003 kami bertunang (lama sunggoh bertunang ni) 6 tahun bertunang dan tahun 2009 kami pun bernikah......jadi campur tolak semua sebelum bernikah ni ada la dekat 8 tahun kami mengenal hati budi masing masing...........bukan nak cakap la kan, kalau dah lama lama ni memang la banyak dugaannya....tapi alhamdulillah jodoh tu tak kemana dan semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. dan sekarang dalam family kami dah bertambah seorang baby comel, Alisha Irdina namanya, yang hari hari buatkan aku ketawa kalau tengok telatah dia.

Data Center



Dalam minggu ni aku agak sibuk sikit, memandangkan server baru dah sampai bagi menggantikan server lama yang dah kong. Lama jugak lah nak tunggu dapat benda alah ni. apa apa pun sekarang ni dah kena buat planning camana nak deploy server baru ni dan macamana untuk buatkan user senang nak join domai nanti. Banyak juga kerjanya nanti ni sebab user dah la ramai, yang nak buat x ramai. Apa apa pun usaha tangga kejayaan...........

Tuesday, October 26, 2010

ROCK


(Gambar amik kat Ahmad Al-mahir Online)

ROCK...............semua orang tau agaknya apa maksud rock ni. takmau la aku nak cerita sejarah, salasilah ataupun apa kebenda rock ni sebenarnya, cuma nak cerita mcmana minatnya aku dengan muzik rock ni. aku mula mula kenai muzik rock (bukan metal haaaaa) masa aku tingkatan dua, masa tu cuma kenal kumpulan kumpulan dari malaysia je lah macam Search, Wings, Melissa dan lain lain. Influence pada masa tu tak la hebat sangat cuma aku ada beli kaset kaset dorang saja, ada jugak la kengkawan yang sealiran dengan aku masa tu. Naik saja form four kat sekolah teknik penang (SMTTARP) dah tukar sikit tune, aku mula minat kat muzik metal dan seangkatan dengannya, first tape ( masa tu x da cd lagi) aku beli, CROMOK....band bebudak malaysia yang study kat Oversea......memang best la masa tu, kiranya kalo sapa yang tak kenal kumpulan ni memang kondem la...start dari situ aku mula la mengumpul bermacam macam tape, nak sebut pun x terkira lah rasanya dan yang paling best masa kat sekolah, ramai jugak kengkawan yang minat metal nih jadi kalo duduk masa rehat ka, dalam kelas ka ,topik lain takdak lah, semuanya bab bab metal saja.
pakaian, bab ni yang paling haru sekali lah, zaman tu semua baju n seluar nak hitam belaka, x hitam x metal la kiranya. jadi berbagai bagai collection baju aku ada masa tu kebanyakannya aku beli kat satu kedai ni di KOMTAR Penang, lupa dah nama dia, seluaq pulak semestinya nak kenaa boot cut. bayangkan la boot cut yang besar bawah tu dah gerenti gerenti sapu sampah punya. benda ni terbawak bawak sampai aku masuk ITM (masa tu belum jadi U lagi). masa kat ITM bebudak batck aku x da yang minat kat muzik metal ni yang ada pun si Nuar, tu pun baju cilok abang punya. last last ada satu group junior DIA dari Jengka masuk kat Manjung, jadi depa ni lah yang aku join pun. depa ni memang hebat, kiranya Black metal abis lah.......keluar dari ITM dan masuk alam pekerjaan aku dah makin slow sikit, baju baju dan boot cut dah tarak, cuma dengar muzik saja lah.....sampailah sekarang aku dah kawen dan ada anak minat pada muzik metal masih ada cuma x dapat nak di lontarkan dari segi zahir, segan kat orang sebab dah berumur nanti depa kata aku buang tebiat nak mampoih pulak.
GIGS, last gigs yang aku p, dekat KK nilah dewan dekat airport airasia.aku p dengan safid dan shafiq, lama dah tak p jadi telinga sakit, abang safid mula melepaskan ketagih dengan headbangging masa tu....seronok juga sesekali tngk scene di sabah ni.

GUNUNG KINABALU


Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut.Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

kat sini bukanlah tujuan aku nak cerita detail berkenaan gunung kinabalu ni, cumanya nak bagitau aku dah pun sampai kat kaki gunung ni je......he he he.dah setahun di Sabah pun x naik naik lagi. dengar ceritanya kalau nak naik ni bukan lah boleh naik sembarangan, nak kena buat training fittness dulu baru boleh nak naik kalau tak alamatnya hanyus di tengah jalan. kos nak naik pun agak tinggi juga, lebih kurang dalam RM 500 seorang, dulu aku ingatkan naik gunung ni free je, tapi bila dah duduk sini baru tau yang nak naik ni kena bayar la pulokkkk.......jadi kesimpulannya aku sampai setakat kaki gunung je lah. walaupun di kaki gunung, tetap best juga sejuk sunggoh.......kalo nak tau camana rasanya moh le ke sabah ni, tak dapat naik atas duduk bawah pun jadi lahhhhhhhhh

Alisha Irdina

Lama juga dah tak menulis nih......pada 5 Jun 2010 anak aku dilahirkan di KK Specialist Centre...betapa gembiranya aku ngan isteri sebab dapat tatap wajah permata hati kami ni. kami pun dah sepakat nak letak nama ALISHA IRDINA, berat dia masa lahir dalam 3.5 kg....dan yang paling aku x boleh nak lupa bila aku masuk dalam OT untuk temankan iwsteri kesayangan aku melahirkan anak kami...baru lah aku tau kenapa ada pepatah syurga itu dibawah tapak kaki ibu, mmg bertarung nyawa seorang ibu nak melahirkan anak ni sebenarnya....apa apa pun masa aku menulis ni anak kami dah pun mencecah 5 bulan dah, dah pandai meniarap dan pandai juga menegur orang, yang palin pening suka menyembur air liur. Anyway, ALISHA IRDINA......babah dengan umi memang sayang sangat dengan ALISHA............moga jadi anak yang solehah ye......