Saturday, August 23, 2014

KELAS GYMNASTIC ALISHA


Hari ni Alisha masuk kelas gymnas, x da apa pun cuma nak isi masa lapang dia ja, supaya x bosan dirumah.




Friday, August 22, 2014

LANGKAWI TRIP

Awal tahun hari tu kami sekeluarga bercuti di Langkawi, a very nice trip....

 


Thursday, August 21, 2014

MUZIUM MAINAN


Muzium mainan, letaknya di Teluk Bahang dan agak tersorok dari pandangan umum, jenoh juga la mencari, kepada yg ada anak kecik tu baik berhati hati takut beguling nak mainan...

 





Lama x post

Ini gambaq lama, bulan tiga haritu, sebenarnya saja nak isi post yang kosong ni...lama dah x update blog ni,bersawang bagai dah


Tuesday, October 8, 2013

STREET ART

mural ni dilukis oleh Julien Malland artis dari prancis dan beliau buat lukisan ni di serata dunia...mcm ni punya lukisan barulah ngam dan cun...tak menyemakkan mata dan pemandangan.




CEMETRY RESIDENSI

Perkampungan ini wujud di Manila Filipina...tek tergambar ada jugak manusia yang tinggal dicelah celah kubur untuk meneruskan kelangsungan hidup............




Saturday, April 20, 2013

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula.




# Louis Vuitton

Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.

# Apple

Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.

# Marlboro

Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.